Anwar Sudah Kemuka Bukti Dokumen Lupus Hutang Felda, Tuntut Muhyiddin Pula Mohon Maaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan sebahagian dokumen perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) berkait jaminan kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang telah beliau tandatangani pada 26 Jun 2023.

Justeru pembuktian itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mendesak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini turut mengesahkan bahawa perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) telah ditandatangani Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 26 Jun 2023.

“Seperti diumumkan melalui siaran akhbar MOF bertarikh 28 Jun 2023, perjanjian ini melibatkan jaminan kerajaan sebanyak RM9.9 bilion kepada Felda untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan Felda.

SUKUK

“Di bawah perjanjian, kerajaan akan membiayai pembayaran balik sukuk tersebut melalui peruntukan geran RM990 juta setiap tahun untuk tempoh 10 tahun.

“Sehubungan itu, MOF juga ingin mengesahkan bahawa penyaluran pertama RM990 juta telah dilaksanakan pada 18 Julai 2023 selaras dengan peruntukan yang telah disediakan di dalam Belanjawan Madani 2023.

“Penyempurnaan perjanjian jaminan kerajaan dan penyaluran peruntukan kepada Felda merupakan elemen penting yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kelangsungan Felda antara lain mengambil kira antaranya impak kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan Felda berikutan penghapusan hutang peneroka,” kata MOF lagi.

Semalam, Muhyiddin mendakwa Anwar telah memfitnah beliau gagal melupuskan hutang Felda dan menuntut permohonan maaf.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat