Rais Yatim Bidas Menteri, Disiplin Pelajar Sekolah Lebih Mustahak Dari Kasut Hitam

Bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan yang menyertai PPBM, Tan Sri Dr Rais Yatim membidas pengumuman Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengenai penguatkuasaan pemakaian kasut hitam menggantikan kasut putih bagi pelajar sekolah.

Rais menerusi twitter mempersoalkan pengumuman tersebut dikala terdapat perkara lain lebih penting yang perlu diambil pihak menteri.

“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam? Takda hal ehwal yang lebih pentingkah? Gudang kasut tentu gembira – 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350-400 juta.

“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam!!!,” tweet beliau.

Kenyataan Rais disambut bekas Senator dan pengasas NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Dr Syed Husin Ali yang bersetuju dengan kenyataan Rais.

“Ya. Lagi pun tukar kasut ini menjadi beban kepada keluarga miskin. Patut buat kajian mendalam dulu di kalangan ibu bapa.”

Penggiat seni, Farouk Hussain turut mengutarakan pendapatnya berhubung isu sama.

Kata Farouk, penggunaan kasut putih dalam kalangan pelajar dapat melatih mereka untuk berdisiplin dalam isu kebersihan.

Kenyataan Dr Maszlee mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak, dan bagi mahasiswa sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jaymani Sevanthan, beliau tidak membantah pengumuman oleh menteri itu namun menggesa agar pihak kementerian memberi lebih tumpuan pada aspek pendidikan termasuk di peringkat pengajian tinggi.

Dipetik FMT, antara yang perlu diberi tumpuan kata Jaymani adalah berkenaan kebebasan bersuara dan berpolitik di dalam dan di luar kampus sepertimana termaktub didalam perlembagaan yang menjamin hak bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

“Oleh sebab itu, sejajar dengan janji manifesto Pakatan Harapan dalam isu mahasiswa dan kebebasan berakademik ini, tindakan segera perlu diambil oleh Kementerian Pendidikan dalam menangani isu yang telah lama menjadi keluhan oleh mahasiswa.

Pada masa yang sama, institut pengajian tinggi juga perlu direformasikan supaya hak asasi manusia terjamin di samping memelihara kedaulatan undang-undang negara ini.” – mD

One thought on “Rais Yatim Bidas Menteri, Disiplin Pelajar Sekolah Lebih Mustahak Dari Kasut Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.