Wanita Ini Dakwa Lahirkan Biawak Dan Diberi Nama Mansur

Seorang wanita, Seha Norma Rasid, mendakwa telah melahirkan anak kembar biawak. Reptilia berkenaan diberi nama Mansur dan didakwa dilahirkan pada 22 November 1989.

Seha yang berasal dari Sulawesi itu memberitahu, Mansur mempunyai kembar manusia bernama Masrianty. Jelasnya ketika melahirkan biawak itu, dia berasa biasa sahaja.

“Waktu saya lahirkan biasa ji kurasa karena ini bukan pertama kali terjadi di keluarga saya melainkan sudah turun temurun,” kata Seha kepada TribunPalopo.com.

Dia memelihara biawak itu umpama seorang manusia dan diberikan pakaian, disusui serta tidur bersama ibunya.

Mansur diberikan telur sebagai makanan. Seha mendakwa Mansur ada kalanya marah dan meragam seperti seorang bayi.

“Saya berkomunikasi menggunakan bahawa isyarat,” katanya yang tidak peduli cakap-cakap orang mengenainya.