Wang 10 Pound Papar Wajah Jane Austen

LONDON – Gabenor Bank of England mendedahkan wang kertas 10 pound baharu memaparkan wajah Jane Austen di salah satu gereja besar utama negara itu, 200 tahun selepas novelis terkemuka Britain itu dikebumikan di situ.

Menurut AP, Bercakap di Gereja Besar Winchester di selatan England semalam, Mark Carney berkata, wang kertas itu bertindak sebagai simpanan himpunan kenangan negara, meningkatkan kesedaran mengenai sejarah kegemilangan United Kingdom dan menyerlahkan sumbangan rakyatnya, lapor BH.

Wang kertas 10 pound baru itu, yang dijangka berada dalam edaran pada 14 September ini, adalah usaha terbaharu bank menjadikan ia lebih selamat.

Ia dicetak atas polimer, seperti wang kertas lima pound yang dilancarkan semula baru-baru ini, memaparkan wajah Winston Churchill.

Austen, yang meninggal dunia pada usia 41 tahun, ialah penulis novel klasik, ‘Sense and Sensibility’ dan ‘Pride and Prejudice’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.