Video: PKR Dakwa Ada Pengundi Hantu

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa wujud pertambahan pengundi hantu di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Menurut Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Tan Yee Kew, beliau mendakwa dalam masa 9 bulan dari Julai 2016, berlaku pertambahan pengundi di kawasan Wangsa Maju.

“Satu peningkatan angka besar pengundi yang di pindahkan di Wangsa Maju dalam 9 bulan yang lalu dari bulan Julan 2016 sehingga Mac 2017.

“7400 pengundi baru dan 6000 pengundi tukar alamat di Wangsa maju dan ini bermakna dalam 9 bulan sahaja, Wangsa maju bertambah sebanyak 13 400 pengundi.

“4 daerah mengundi iaitu Taman Melati, Seksyen 1 Wangsa Maju, Gombak Utara dan Wangsa Melati telah dipilih bagi menjalankan siasatan lanjut sejak Julai sehingga Disember 2016, pegundi tambahan pada tempoh masa ini ialah 4808.

“Dan dalam 4 daerah mengundi ini, terdapat 222 buah rumah atau unit flat mempunyai jumlah pengundi yang tinggi luar biasa,”katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat PKR, tadi.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mengesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), agar memberi jaminan kepada mereka agar tiada lagi pengundi hantu di kawasan lain.

Menurut beliau, tempoh seminggu diberikan sebelum pihaknya memdedahkan fakta hasil siasatan mereka.

“Hari ini mendengar pengundi hantu di parlimen Wangsa maju.

“Kita perlu diberi jaminan oleh SPR agar tidak ada pengundi hantu ditempat lain di kawasan parlimen lain.

“Maka masa yang diberikan oleh Datin Paduka adalah seminggu daripada hari di mana fakta ini atau siasatan ini didedahkan memandangkan SPR langsung tidak kelihatan bersungguh menghadapi persoalan yang dikatakan setiap hari, ini memperkukuhkan persepsi awam bahawa SPR juga terlibat dalam urusan menambah dan memindah pengundi hantu,”ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.