Video : Jaa Era Ajar Shah Rukh Khan Dialek Melaka, Kelantan

Penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran berkongsi dialek Melaka dan Kelantan bersama Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK).

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook Era FM, Jaa mengajar SRK untuk mengucapkan ayat ‘merecik hawau’ dan ‘kawe sakit motor sakit boh’.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi SRK bertutur dialek Melaka dan Kelantan serta menganggap SRK kelihatan sangat comel apabila menuturkan ayat-ayat tersebut.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23, yang berasal dari Kelantan merupakan selebriti sulung dari Malaysia yang dapat menemuramah SRK di kediamannya baru-baru ini.

Jaa bertolak ke India pada malam Khamis lalu untuk menemubual SRK bagi mempromosikan filem terbaharunya, Jab Harry Met Sejal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.