Ungku Ismail Langgar Prinsip, Terpaksa Bersentuhan Dengan Wanita

Pelakon Ungku Ismail akui terpaksa melanggar prinsipnya yang tidak mahu bersentuhan dengan wanita ketika berlakon menjayakan drama bersiri adaptasi siri telenovela Itali popular berjudul Dendam Aurora.

Ungku Ismail atau nama sebenarnya Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 32, berkata prinsipnya itu dilanggar selepas mengkaji skrip dan jalan cerita asal yang memerlukannya untuk bersentuhan dengan pelakon Nabila Huda, seperti memetik AstroGempak.

“Sebelum ini saya memang ada prinsip yang mana saya akan cuba elak untuk terlibat dengan adegan berpelukan dan bersentuhan kerana saya rasa ia tidak perlu dan kemesraan itu boleh ditunjukkan dengan cara lain.

“Namun selepas membaca skrip untuk drama Dendam Aurora ini saya dapati ia susah sedikit untuk meneruskan prinsip saya itu kerana kalau hendak diikutkan cerita asal drama Itali ini lebih intim.

“Saya terpaksa lakukannya, jika tidak jalan cerita akan lari dari cerita asalnya.

“Bagaimana pun adegan intim saya dan Nabila masih ada batasnnya serta sesuai dengan tontonan masyarakat negara ini.

“Malah saya sudah pun meminta izin suami Nabila untuk melakukan aksi tersebut,”katanya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai drama berkenaan, Ungku memberitahu dia banyak bermain dengan emosi kerana setiap episod banyak konflik yang timbul.

“Berlakon dalam drama ini agak penat sedikit kerana ia banyak bermain dengan emosi dan perasaan tanpa henti.

“Kami pula terpaksa menjalani penggambaran ini selama lebih lima bulan dan bakal tamat pada Oktober ini.

“Namun saya suka bekerja dengan team kali ini, terutama Nabila Huda yang banyak membantu perjalanan penggambaran ini berjalan lancar,”katanya lagi.

Drama bersiri 100 episod yang diarahkan oleh Feroz Kadir dan Riza Baharudin itu bakal diatayangkan menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 25 Julai secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.