Shuib dan Siti Sarah Buat Open House Untuk Pertama Kalinya Sepanjang Begelar Suami Isteri

PUCHONG – Berkongsi rezeki tahun ini, pasangan Shuib dan Siti Sarah menganjurkan rumah terbuka hari raya buat kali pertamanya sepanjang bergelar suami isteri. 


Rumah terbuka tersebut diadakan di kediaman baharu mereka di Puchong, dengan mengkhususkan kepada rakan artis dan media sahaja. 


Kata Sarah, sebelum ini mereka tidak mengadakan majlis secara terbuka, hanya menerima tetamu yang berkunjung ke rumah mereka. 


“Kali ini ada rezeki lebih sikit dan kami berdua berpakat mengadakan majlis rumah terbuka. Lebih-lebih lagi Shuib ada kawan-kawan baharu yang dikenalinya dalam program Sukan Ke Laut. 


“Jadi dia juga mahu meraikan Syawal bersama mereka. Cuma kali ini tetamu kami hanyalah rakan-rakan artis dan pihak media,” kata Sarah. 


Dalam perkembangan lain, Sarah bakal melancarkan produk terbaharunya, Beaute iaitu serum bagi kecantikan wajah dan tubuh badan pada minggu hadapan. 


Mengenai album terbaharu, Sarah dan syarikat pengurusannya Indigital dalam proses memilih lagu terbaik bagi single pertamanya sebelum melancarkan album penuh tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.