Selepas Belot, Selebriti Korea Utara Pulang Ke Tanah Air

SEOUL – Korea Selatan sedang menyiasat kes seorang pembelot Korea Utara yang menjadi selebriti di Seoul tetapi baru-baru ini muncul dalam siaran televisyen Pyongyang dan mendakwa bahawa dia pulang ke tanah air dari ‘neraka’ kapitalis di Korea Selatan.

Menurut AFP, pembelot wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu, Lim Ji-hyun tiba di Seoul pada tahun 2014 dan menjadi terkenal tidak lama kemudian selepas membintangi beberapa rancangan televisyen Korea Selatan.

Kebanyakan rancangan itu memaparkan mengenai kisah pelarian dari Korea Utara.

Namun, Ji-hyun tiba-tiba muncul dalam satu rakaman klip video menerusi rangkaian propaganda Korea Utara dan menceritakan bahawa khayalannya tentang Korea Selatan hancur berkecai, lapor Kosmo.

Dalam klip video itu yang dimuat naik di laman web Uriminzokkiri, Ji-hyun menyatakan bahawa dia pulang ke tanah air pada Jun lalu dan kini menetap bersama ahli keluarganya di bandar Anju, barat Korea Utara.

Bagaimanapun, tidak jelas sama dia pulang secara sukarela dengan media Korea Selatan menganggap dia mungkin diculik di sempadan China dengan Korea Utara ketika cuba menemui keluarganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.