Pelancong Asing Dilarang Lawat Thailand Tanpa Wang RM2,548 Dalam Saku

PETALING JAYA – Pelancong asing perlu membawa sekurang-kurangnya 20,000 baht (RM2,548) wang tunai bagi mengelakkan mereka dilarang memasuki Thailand.

China Press melaporkan pihak berkuasa giat melakukan pemeriksaan rambang ke atas pelancong asing bagi memastikan mereka membawa wang tunai mencukupi untuk mengelakkan warganegara asing bekerja secara haram di Thailand.

Menurut akhbar itu, pelancong asing mengadu pegawai imigresen meminta mereka menunjukkan jumlah wang tunai yang dibawa dan jika jumlahnya tidak mencukupi, mereka tidak dibenarkan masuk ke Thailand, walaupun mempunyai tiket penerbangan balik dan tempahan hotel.

Thailand menetapkan pelancong asing individu perlu mempunyai 20,000 baht dan 40,000 baht untuk keluarga.

Dasar itu dilaksanakan Jabatan Imigresen Thailand sejak dahulu lagi, cuma cara pelaksanaannya berlainan dan kebelakangan ini, pelancong dengan visa ED (pendidikan) juga perlu membuktikan mereka mempunyai kos sara hidup mencukupi sepanjang berada di negara itu.

Pada 26 Mei lalu, akhbar itu melaporkan sekumpulan 30 pelancong dari Shanghai, China dilarang memasuki Thailand kerana beberapa individu tidak mempunyai 20,000 baht. – Fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.