Palestin Isytihar ‘Hari Kemarahan’ Di Baitulmuqaddis

TEL AVIV – Pertempuran baharu dijangkakan di Baitulmuqaddis semalam selepas Pihak Berkuasa Palestin mengisytiharkan ‘Hari Kemarahan’ susulan pelaksanaan pemeriksaan keselamatan lebih ketat terhadap orang Islam di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Menurut dpa, parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mahu ‘Hari Kemarahan’ diisytiharkan selepas 50 warga Palestin cedera dalam beberapa pertempuran kelmarin.

Kumpulan Hamas dan gerakan Jihad Islam juga meminta tunjuk perasaan diadakan di Tebing Barat dan Genting Gaza ekoran langkah keselamatan baharu itu, termasuk pemasangan alat pengesan logam di pekarangan Masjid Al-Aqsa, lapor Kosmo.

Mufti Besar Baitulmuqaddis, Mohammed Ahmed Hussein mengkritik langkah keselamatan baharu itu kerana mengubah status quo yang memberikan kawalan keagamaan pekarangan Masjid Al-Aqsa kepada orang Islam tetapi pada masa yang sama, membenarkan penduduk Yahudi menziarahinya tetapi mereka dilarang melakukan ibadat.

Dalam pada itu, seramai 14 warga Palestin dan dua anggota polis cedera dalam beberapa pertempuran lewat kelmarin, hari keganasan ketiga berturut-turut.

Seorang penduduk Palestin pula parah akibat terkena peluru getah, demikian menurut Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.