LRT, Monorail dan Bas Intrakota, Semua Projek Bankrap Di Zaman Mahathir dan ‘Bail Out’

Lebih RM10 bilion terpaksa ditanggung kerajaan untuk ‘bail-out’ syarikat  dilantik pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kegagalan urustadbir syarikat konsesi menguruskan projek Aliran Transit Ringan (LRT) STAR , Putra LRT, Monorail dan syarikat bas awam, Intrakota.

Huraian oleh penganalisis politik Lim Sian See (LSS) menjelaskan bahawa keempat-empat projek ini diambil alih oleh kerajaan dibawah seliaan syarikat Prasarana.

Inisiatif laluan KL Monorail diluluskan oleh jemaah menteri kabinet pada Jun 1989 dengan peruntukan RM143 juta namun setelah pembinaannya siap dan dilancarkan pada 2003, kos keseluruhan meningkat 8.2 kali ganda kepada RM1.183 bilion.

“Bankrap. Dijamin dan diambil alih oleh syarikat milik kerajaan Prasarana pada 2007 dengan harga RM882 juta,” katanya.

Perkara sama turut berlaku kepada projek pengangkutan awam diswastakan – laluan Putra LRT (kini dikenali sebagai LRT Kelana Jaya Link) apabila syarikat yang menguruskannya bankrap dan diambil alih oleh Prasarana pada 2002 dengan harga antara RM4.5 bilion kepada RM5.7 bilion.

STAR LRT yang mempunyai dua laluan – Ampang Line dan Sri Petaling Line – juga diambil alih oleh Prasarana pada 2002 dengan harga RM3.3 bilion.

Perkhidmatan Bas Intrakota, inisatif menggantikan Bas Mini merah jambu dimulakan pada 1998, bankrap pada 2003 , dan dijamin oleh kerajaan.

Prasarana mengambil alih intrakota dengan harga RM177 juta.

“Kesemua empat projek pengangkutan awam KL dicetuskan oleh Mahathir telah diserahkan kepada syarikat swasta menerusi konsesi dan kemudiannya bankrap.

“Kerajaan terpaksa menjamin kesemua projek Mahathir.

“Berbanding projek pengangkutan lanjutan LRT1, lanjutan LRT2 dan terbaru pelancaran MRT1 Sungai Buloh – Kajang (SBK) oleh Najib, yang mana kesemuanya milik kerajaan, tidak mempunyai perjanjian konsesi yang memerlukan kenaikan tambang berkala dan kesemuanya disiapkan samaada tepat pada waktunya, didalam peruntukan bajet atau siap lebih awal dan dibawah peruntukan bajet,” kata LSS lagi. – mD


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.