Lantaklah Apa Mereka Nak Cakap – Izreen

KUALA LUMPUR: Pelakon, Izreen Azminda, tidak gentar dengan kecaman ataupun usikan nakal netizen yang barangkali tidak senang dengan keputusannya menjadi duta satu produk pembersih kewanitaan terbaru, Poora di pasaran

Baginya, tiada apa yang perlu dimalukan kerana produk terbabit adalah perkara wajib untuk wanita yang mementingkan kebersihan, luaran dan dalaman.

“Tiada apa yang perlu dimalukan kerana bagi saya, setiap wanita perlu tahu dan wajib memiliki produk sedemikian. Lagipun, sebelum ini ada ramai artis wanita yang pernah menjadi duta produk seperti itu.

“Berikutan ia mempunyai kaitannya dengan faktor kebersihan dan kesihatan, jadi tidak salah rasanya kalau saya berkongsi maklumat terbabit dengan wanita lain,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk berkenaan di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Selain Izreen, pelakon Amar Asyraf turut dilantik sebagai duta bagi satu produk pembersih kelelakian di bawah jenama Durro.

Ditanya apakah status sebagai janda disandangnya memungkinkan beliau semakin dipandang serong apabila menjalankan tugas duta produk terbabit, wanita berusia 31 tahun itu berkata, hanya orang yang berfikiran cetek akan berpandangan sebegitu.

“Habis, takkan anak dara saja yang perlu menjaga (kebersihan)? Janda juga seorang wanita. Bagi saya, orang seperti itu tidak berfikir panjang. Lantaklah apa mereka nak cakap,” tegas pelakon Eksperimen Cinta ini.

Dalam perkembangan lain, Izreen juga baru selesai menjalani penggambaran untuk telefilem sempena Aidiladha berjudul Mahram.

Selain dirinya, drama berkenaan turut dibintangi Ashraf Muslim dan Fauzi Nawawi.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.