Khairil Anuar Dilantik CEO FGV dan Presiden Baharu

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Khairil Anuar Aziz sebagai Pegawai Bertanggungjawab bagi mengambil alih tugas Presiden Kumpulan serta Ketua Pegawai Eksekutif FGV, berkuat kuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV juga mengumumkan Lembaga Jawatankuasa Eksekutif dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Khairil Anuar yang dilahir dan dibesarkan di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak, ketika ini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi, Logistik dan sektor lain FGV serta sudah berkhidmat dengan kumpulan itu sejak 2012.

“Beliau adalah generasi kedua peneroka Felda,” kata kumpulan itu.

Dalam kenyataan berasingan, FGV mengumumkan Permodalan Felda Malaysia Bhd memperoleh 400,000 saham FGV pada 17 Julai lalu.

Berikutan itu, koperasi itu mempunyai 204.56 juta saham bersamaan dengan 5.61 peratus kepentingan ekuiti FGV. – BH

One thought on “Khairil Anuar Dilantik CEO FGV dan Presiden Baharu

  • October 11, 2018 at 8:00 pm
    Permalink

    adun haprak@@@ ramai lagi yg bagus singkir jer biadap ni?? bodoh mcm kayu!!
    adun bodoh bahlul bangang ?? pecat nyah dari jawatan!!! otak tarik mana?? elok nyah terus..?? da tak minat..meluat menyampah benci??? tiadaaaf bagi mu????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.