Isteri Lumur Cili Pada Kemaluan Perempuan Simpanan Suami

Seorang wanita muda yang sedang mengandung telah melumurkan cili ke atas kemaluan perempuan simpanan suaminya.

Ly Chanel, 23, menjadi curiga kerana suami yang dikahwininya sejak tujuh bulan lalu, Chien Keo, 24, kerap menghilangkan diri selama beberapa jam.

Dengan ditemani empat rakannya, Ly telah mengekori Chien ke sebuah motel di Thai Nguyen, Vietnam dan terkejut apabila mendapati kedua-duanya sedang melakukan seks.

Ly kemudiannya memakai sarung tangan manakala kawan-kawan wanitanya telah memegang perempuan simpan itu lalu membuka seluar dalam mangsa. Mereka turut merakamkan video.

Ly kemudiannya membuka beg plastik mengandungi cili lalu melumur dan memasukkan ke dalam alat sulit wanita tersebut.

Wanita terbabit kemudiannya menjerit kesakitan. Mereka kemudiannya memuatnaik video tersebut di media sosial namun ia mencetuskan kecaman kerana Ly sepatutnya menjadikan suaminya sebagai sasaran.

Ly yang sedang mengandung tiga bulan ketika mempertahankan dirinya berkata, wanita itu merupakan pemusnah rumah tangga dan dia ingat kesakitan berkenaan untuk selama-lamanya.

“Seorang wanita boleh memaafkan dengan mudah tapi mereka tidak akan melupakannya. Ada orang yang benci saya sekarang, tapi kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.

“Bagaimana suami saya mahu menjaga saya apabila dia curang dengan perempuan lain. Biar kita kongsi sesuatu mengenai kebenaran dan jangan mengata orang,” katanya.

Setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh mangsa dan Ly akan didenda sekiranya dia didakwa di mahkamah.

Dalam pada itu, seorang peguam, Giang Hong Thanh berkata, meskipun bersimpati dengan keadaan yang menimpa Ly akibat kecurangan suaminya, namun melumurkan cili pada tempat sensitif dan kemudian memuatnaik video di internet merupakan tanda ia berniat untuk memalukan pihak lain.

“Jika cili itu boleh menyebabkan kecederaan pada alat sulit wanita berkenaan, si isteri akan berdepan dengan tindakan undang-undang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.