Fasha Gembira, Hubungan Semakin Rapat

Pelakon Fasha Sandha mendedahkan hubungannya dengan seorang jejaka yang sudah dikenalinya beberapa bulan lalu ke satu fasa yang baru.

Menerusi sumber AstroGempak dan Inai Red, Fasha bagaimanapun enggan menyifatkan hubungan itu sebagai bercinta memandangkan masing-masing dalam proses mengenali hati budi.

“Saya lebih selesa katakan kami berkawan rapat tetapi belum sampai ke tahap bercinta lagi. Saya gembira dengan hidup saya sekarang.

“Dia sudah berani cakap rindu dan kami saling berhubung setiap hari.

“Walaupun saya tidak meluahkan kata-kata rindu tapi dia tahu saya pun merindukan dia,” ujar Fasha.

Tambahnya, lelaki tersebut masih solo dan tidak mempunyai sebarang ikatan perhubungan setakat ini.

“Siapa yang mahu bercinta dengan saya mesti tahu bahawa saya seorang ibu yang sangat mengutamakan anak-anak saya dan dia mesti menerima saya seadanya,” katanya yang tidak mahu mengulas lanjut identiti lelaki tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.