Dua Anggota Polis Dicekup Buat ‘Part Time’ Urus Niaga Dalam Lokap

IPOH – Dua anggota Balai Polis Sentral Ipoh ditahan, selepas didapati cuba membawa masuk barang larangan ke dalam lokap, malam kelmarin.

Antara barangan yang ditemui ialah bateri, rokok, minuman botol, coklat, ubat gigi, kek, daun terup serta beberapa barangan lain.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, seorang koperal dan lans koperal itu ditahan di dalam kereta Perodua Kancil di pekarangan balai berkenaan.

Mereka ditahan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di dalam kenderaan berkenaan.

Difahamkan, pemeriksaan dijalankan ke atas tubuh badan anggota itu tidak menemui barang mencurigakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, pemeriksaan di dalam kenderaan kemudian menemui dua plastik sampah mengandungi pelbagai barangan dipercayai cuba dibawa masuk ke dalam lokap.

“Kertas inkuiri (siasatan dalaman) sudah dibuka sebelum polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut seksyen bersesuaian, ” katanya dalam kenyataan hari ini. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.