Amar Asyraf Dakwa Tersalah Masuk Kelab Gay

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak lelaki yang gemar bersosial dalam filem Blok 404 mendorong pelakon, Amar Asyraf berlibur di pusat hiburan, selama tiga hari berturut-turut.

Lebih ‘parah’, Amar yang mahu meninjau lebih dekat bagaimana anak muda berhibur, tersalah masuk ke sebuah kelab yang disyaki dilanggan kumpulan lelaki berorientasi songsang hingga menarik perhatian ramai.

“Selepas melihat sendiri, suasana di kelab lebih menggerunkan daripada apa yang saya cuba hidupkan melalui watak Hairi dalam filem itu.

“Namun, insiden yang saya anggap tak boleh tahan adalah apabila tersilap masuk ke sebuah kelab yang dipenuhi ramai lelaki… Akhirnya, saya sedar saya masuk ke sebuah kelab gay,” katanya kepada BH Online.

Amar menambah, dia turut melakonkan babak ranjang dan intim bersama pelakon meningkat, Nadia Brian dalam filem Blok 404.

Namun, Amar membawa isterinya, Arna Salleh ke lokasi penggambaran untuk melihat sendiri bagaimana adegan itu dilakonkan.

“Sebenarnya, saya tidak meminta kebenaran isteri untuk melakonkan babak itu. Ini kerana Arna bukan jenis kuat cemburu.

“Namun, saya bersyukur kerana isteri saya okay ketika melihat aksi itu. Dia sedar semua yang dibuat hanyalah lakonan,” kata Amar menjadi duta satu produk pencuci lelaki, Durro

Amar berkata, pada mulanya dia risau Nadia tidak mampu melakonkan babak intim kerana tidak pernah melakukannya.

Menyedari babak itu akan menjadi viral, Amar bagaimanapun tidak mahu cepat melatah.

“Saya hanya berlakon… Selama ini, saya belum pernah terkena kontroversi yang teruk.

“Namun, saya sudah bersedia andai babak itu mengundang reaksi negatif netizen dan peminat,” katanya.

Filem Blok 404 terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd adalah berdasarkan naskhah asal dalam versi VCD yang diterbitkan kira-kira 16 tahun lalu.

Dijangka ditayangkan di pawagam di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, filem berkenaan mengekalkan pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman.

Filem itu juga menampilkan wajah baharu iaitu Fasha Sandha, Nur Risteena Munim dan Adrea Abdullah.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.