Parti Baharu Tun M Dijangka Tidak Dapat Sambutan Melayu – Rais Yatim

Penubuhan parti baharu yang diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka tidak mendapat sambutan orang Melayu kerana ia menggabungkan DAP kataVeteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim.

 

Beliau berkata, sentimen orang Melayu terhadap DAP terlalu mendalam dan gabungan itu memang sukar diterima.

 

“Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin harus berfikir dan mengkaji penubuhan parti itu. Saya tidak nampak parti baharu itu akan disertai oleh orang Melayu.

 

“Saya bercakap berdasarkan kesilapan Semangat 46 dan Pas yang pernah menerima masuk DAP,” katanya yang kecewa dengan rancangan penubuhan parti baharu itu.

 

Tambahnya, beliau percaya persengketaan antara Dr. Mahathir dan Datuk Seri Najib Razak masih boleh diselesaikan jika kedua-dua pemimpin itu bertemu empat mata.

 

Beliau yang pernah menerajui parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah, Rais berkata, bagi orang Melayu yang paling penting adalah mengkritik parti dari dalam dan bukan menubuhkan parti-parti baharu.

 

“Saya tidak tahu mendalam tentang parti baharu ini tetapi kalau penubuhannya mengikut Seksyen 12 dan 14, Akta Pertubuhan, parti baharu ini akan menempuh suasana seperti Semangat 46, walaupun dulu parti berkenaan ditubuhkan kerana UMNO didapati tidak sah dan ada justifikasi tubuh parti baharu. Tetapi sekarang UMNO masih hidup,” tambahnya.

 

Rais menambah, Tun Mahathir sendiri pernah melahirkan rasa kecewa apabila Semangat 46 ditubuhkan dan pernah berkata apa yang tidak boleh dibetulkan dalam UMNO sehingga perlu mewujudkan parti baharu.

 

Malah, Tun Mahathir berkata, jika beliau melakukan kesalahan, kesilapan itu boleh dibetulkan.

 

Dalam pada itu, sistem berkenaan perlu digunakan semula dan orang Melayu dinasihatkan jangan terlalu ghairah menubuhkan parti baharu kerana sudah ada kira-kira 10 parti yang berasaskan kaum itu.

 

 

Rais berkata, faktor umur juga memainkan peranan kepada dua pemimpin itu dimana ia bukan masa untuk bersengketa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.