Kren Jatuh Di New York

Sebuah kren di tapak projek Jambatan Tappan Zee di New York jatuh di atas jalan raya.

 

Kren yang digunakan untuk projek pembinaan semula jambatan itu secara tiba-tiba runtuh menyebabkan kesesakan teruk.

 

Memetik laporan Fox News seramai lima orang cedera di tapak projek itu.

 

Difahamkan, jambatan yang dalam pembinaan juga dilaporkan rosak.

 

“Kami tidak tahu punca kejadian ia mungkin berlaku masalah pada peralatan. Beberapa orang yang cedera itu tidak mengalami kecederaan serius,”kata Gabenor Cuomo.

 

Menurutnya, kren itu ditempatkan di atas dek jambatan yang sedang dalam pembinaan dan sedang membawa penukul hidrolik ketika kejadian.

 

Kren dan penukul itu digunakan untuk menggerudi tanah yang menjadi salah satu prosedur pembinaan.

 

Cuomo berkata, punca nahas sedang disiasat tetapi tidak menolak kemungkinan berlaku masalah pada kren tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.