Brazil Gantung Perkhidmatan WhatsApp

PerkhidmatanWhatsApp digantung sementara di Brazil selepas syarikat itu didakwa gagal untuk memberi maklumat berhubung satu siasatan jenayah.

 

Bagaimanapun, WhatsApp memberitahu, ia tidak mempunyai maklumat yang diminta.

 

Ia merupakan penggantungan kali tiga dalam tempoh dua tahun. Penggantungan itu menjejaskan jutaan pengguna.

 

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Agung, Ricardo Lewandowski memerintahkan agar penggantungan itu dibubarkan kerana ia tidak wajar.

 

Sebelum ini penggantungan perkhidmatan WhatsApp dilakukan pada bulan Mei menyebabkan 100 juta penduduk terpaksa menggunakan perkhidmatan alternatif lain.

 

“Seperti yang kami maklumkan, kami tidak boleh berkongsi maklumat kerana tidak mempunyai akses untuk berbuat demikian,” kata jurucakap WhatsApp. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.