GHB Bukan Proksi DAP, Kata Lim Guan Eng

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan minggu lalu adalah proksi parti berkenaan.

 

Guan Eng berkata, adalah tidak adil untuk melabel pihak yang menentang Barisan Nasional itu bersama DAP.

 

“Semua ini adalah cakap-cakap di kalangan Umno dan pihak yang menyokongnya. GHB sememangnya bukan proksi DAP.

 

“Kami menyambut baik sebarang usaha ke arah politik progresif kerana kami menghargai dan mahu pergerakan politik yang menyumbang untuk negara,” katanya ketika merasmikan Seni Jalanan Transformers yang pertama di Asia.

 

Ditanya mengenai Datuk Salleh Man yang kekal sebagai wakil PAS tunggal dalam pentadbiran negeri iaitu Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Guan Eng berkata:

 

“Sallah menyatakan pendiriannya membabitkan tiga perkara – tidak bersetuju dengan usul Ulama PAS untuk menamatkan hubungan dengan DAP; bersetuju Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dan menyokong kerajaan Pulau Pinang.” – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.