Gambar Wanita Pakai Baju Bertulis Ayat al-Quran Jadi Viral

Gambar seorang wanita memakai pakaian tertera ayat suci al-Quran yang tersebar di media sosial sejak petang Sabtu mencetuskan kemarahan netizen atau pengguna Internet.

Kelibat wanita tidak bertudung yang mengenakan pakaian jenis ‘kaftan’ itu dipercayai dirakamkan di sebuah pasaraya di Ampang, Selangor.

Antara perkataan yang jelas kelihatan tertera pada pakaian wanita itu ialah kalimah ‘Allah’ yang sebelum ini turut mencetuskan kontroversi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian di negara ini.

Turut tersebar ialah sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki berjubah putih – dipercayai sedang menegur tindakan tidak sensitif wanita berkenaan yang mengenakan fabrik tertera ayat al-Quran sebagai pakaiannya

Tindakan wanita berkenaan yang dilabel sebagai biadap kerana tidak sensitif oleh netizen turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi laman Twitter miliknya, Khalid mengesahkan bawaha PDRM sedia maklum mengenai perkara berkenaan dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

“@PDRMsia dah mula siasat kes ‘makcik’ tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu di India. Biar kita siasat lanjut. Semua bersabar lah,” demikian tulis Khalid menerusi postingnya pada tengah malam Sabtu.

Twit penjelasan Khalid itu sekaligus meredakan kemarahan orang ramai yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan berlakunya ketegangan antara agama.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/20/baju-quran/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.