SIS dititah gugurkan perkataan ‘Islam’ – Sultan Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kekecewaan dan dukacita dengan sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyentuh pemakaian fatwa bertarikh 31 Julai 2014 yang tidak terpakai kepada SIS Forum (Malaysia), pertubuhan atau institusi, sebaliknya hanya terpakai kepada individu.

Baginda senada dengan isi kandungan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), berhubung keputusan terbaharu ini.

“Baginda menegaskan bahawa penyalahgunaan perkataan “Islam” dalam nama dan penerbitan SIS Forum (Malaysia) boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

“Sehubungan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Negeri Selangor menggesa agar SIS Forum (Malaysia) tidak lagi menggunakan perkataan “Sisters in Islam” ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat mereka supaya perkataan “Islam” tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentingan syarikat tersebut,” titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan.

Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 2014 iaitu ‘mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalism dan pluralism agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam’ adalah sah.

Bagaimanapun, panel empat hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menyatakan, fatwa itu tidak terpakai kepada Sisters In Islam (Sis) Forum (Malaysia) sebagai sebuah pertubuhan atau syarikat.

Dalam keputusan majoriti 3-1 itu, tiga lagi hakim yang turut bersidang adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan dan Abu Bakar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat