Mungkin pertuduhan bersifat dendam dan Najib dianiaya selama ini – Akmal beritahu Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh memberitahu Datuk Seri Rafizi Ramli rakyat kini boleh menilai siapa yang dizalimi dan siapa yang membohong selama ini.

Akmal mengemukakan rasional keputusan mahkamah lepas tanpa dibebas (DNAA) terhadap Datuk Seri Najib dalam kes salah guna wang rakyat berhubung syarikat milik kerajaan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hal ini susulan Rafizi mempertikai kenapa sejak 2019 pendakwa raya masih gagal sedia bukti kes SRC Najib?

“Jawapannya mudah sahaja, kerana tiada apa-apa bukti kukuh untuk pihak pendakwaan ketika Kerajaan PH 1.0 dahulu untuk melakukan pendakwaan,malah perbicaraan pun tidak dijalankan selama 6 tahun. Dokumen pun sehingga ke hari ni belum dapat diperolehi.

“Mungkin ini satu pertuduhan yang bersifat dendam semata-mata kepada Najib yang dianiaya selama ini.

“Sama juga dengan kes lembu NFC dulu yang Rafizi canangkan satu Malaysia dahulu yang mana mahkamah putuskan tidak bersalah setelah beberapa tahun lamanya

“Akhirnya rakyat boleh menilai siapa yang dizalimi dan siapa yang membohong selama ini,” bidas Akmal.

Rafizi hari ini mendesak pihak pendakwa memfailkan semula pertuduhan kes SRC terhadap Najib dengan segera.

Hal ini kata bekas Menteri Ekonomi itu, daripada pengalaman beliau mengkaji dan mendedahkan skandal 1MDB dan SRC sebelum ini, penyelewengan melibatkan SRC mempunyai bukti aliran tunai (money trail) yang lebih jelas.

Rafizi berkata demikian susulan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari ini, membenarkan permohonan peguam Najib agar beliau dilepas tanpa dibebas (discharge not amounting to an acquittal, atau DNAA) dalam kes salah guna wang rakyat berhubung syarikat milik kerajaan SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Dalam tahun 2019, Najib didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) atas tuduhan menerima wang haram (dari aktiviti yang melanggar undang-undang) sebanyak RM27 juta berkaitan SRC.

“Walaupun didakwa di mahkamah sejak 2019, sehingga kini perbicaraan masih belum boleh berjalan kerana pihak pendakwa raya tidak dapat menyiapkan dokumen-dokumen bukti untuk dikemukakan di mahkamah.

“Saya menghormati hak Najib untuk membuat permohonan DNAA kerana beliau telah menunggu lama sejak 2019. Saya juga menghormati keputusan Hakim K Muniandy yang membenarkan permohonan DNAA itu.

“Saya tidak faham kenapa pihak pendakwa raya mengambil masa yang begitu lama (sejak 2019) untuk menyiapkan dokumen seperti yang diperlukan untuk memulakan kes? Apatah lagi, kes ini bersabit dengan SRC, yang mana Najib kini sedang menjalani hukuman atas sabitan bersalah dari kes pertama melibatkan SRC,” katanya.

Ujar Ahli Parlimen Pandan itu lagi, kelemahan ini jelas perlu dijawab oleh pihak pendakwa raya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat