Ringgit menyusut sedikit berbanding dolar AS, naik berbanding mata wang lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit menyusut semua daripada kenaikan pada Rabu untuk ditutup rendah pada Khamis berbanding dolar AS berikutan sentimen dolar AS yang bertambah baik di tengah-tengah prospek penurunan kadar faedah, kata seorang ahli ekonomi.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.7080/7110 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7055/7075 pada Rabu.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.21 peratus kepada 105.480 mata berikutan penurunan nilai euro, yen dan pound sterling.

“Data indeks harga pengguna terkini United Kingdom (UK) mencapai sasaran dua peratus pada Mei dan ini membayangkan kemungkinan besar penurunan kadar di negara itu.

“Apa yang paling penting adalah bilakah Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya, oleh itu buat masa sekarang DXY dijangka kekal tinggi memandangkan perbezaan penetapan masa pelonggaran monetari (di ekonomi-ekonomi utama).

“Oleh itu kami menjangkakan Dolar AS/Ringgit mengekalkan dagangan jajaran kecil pada RM4.70 hingga RM4.71,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9711/9732 daripada paras penutup 2.9806/9821 pada Rabu, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.9815/9853 daripada 5.9896/9922 dan naik berbanding euro kepada 5.0498/0530 daripada 5.0518/0540 sebelumnya.

Unit tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 286.5/286.8 daripada 287.4/287.7, naik berbanding baht Thailand kepada 12.8008/8138 daripada 12.8257/8354 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4807/4832 daripada 3.4832/4850. Bagaimanapun, ringgit diniagakan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02 daripada 8.01/8.01. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat