Sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, Persatuan Karyawan dan Kerjasama Vits Malaysia telah menganjurkan satu program istimewa yang dikenali sebagai “Korban Karyawan”. Program yang diadakan di Telang 18 By Seri Green Garden, Hulu Langat Selangor ini bertujuan untuk meraikan sambutan Aidiladha bersama para artis veteran yang memerlukan bantuan.
Majlis penuh berkah ini dianjurkan oleh Persatuan Karyawan, turut memberi sumbangan adalah Dato’ Khadijah Ibrahim, beliau turut menunjukkan dedikasi yang luar biasa dengan menyediakan sendiri hidangan istimewa untuk para tetamu. Usaha beliau ini bukan sekadar menyumbang kepada kejayaan majlis tersebut, tetapi juga mencerminkan keprihatinan dan semangatnya dalam membantu golongan yang memerlukan.
Program Korban Karyawan mendapat sambutan hangat daripada para artis veteran yang hadir. Kehadiran mereka memeriahkan suasana majlis dengan penuh rasa kekeluargaan dan ukhuwah. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Presiden Karyawan, Dato’ Freddie Fernandez, yang turut menjayakan program ini.
Dalam majlis tersebut, Persatuan Karyawan telah menyampaikan wang tunai dan daging korban kepada para artis veteran sebagai tanda sokongan dan keprihatinan. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka dan membawa keceriaan di Aidiladha ini.
Program Korban Karyawan ini merupakan satu contoh teladan yang baik dalam usaha membantu golongan yang memerlukan, khususnya dalam meraikan sambutan Aidiladha yang penuh keberkatan. Usaha murni Persatuan Karyawan dan Kerjasama Vits Malaysia ini amatlah dihargai dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang.