Pelik, MAHB untung tapi kenapa nak jual saham kepada pro-Israel? – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) menjual 30 peratus pemilikan sahamnya kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) sedangkan syarikat itu untung RM543 juta tahun lalu.

Dr Mahathir menzahirkan kehairanan beliau terhadap langkah kerajaan dan MAHB itu memandangkan ia akan dijual kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang didakwa adalah subsidiari syarikat BlackRock yang pro- Israel.

“Apabila saya dengar syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika, sangkaan saya ialah MAHB rugi.

“Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023.

“Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini. Kenapa nak jual 30 peartus kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?

“Saya tak faham. Mungkin ada udang di sebalik batu? soal Dr Mahathir dalam kenyataannya pada Khamis.

GIP dalam kenyataan di laman sesawangnya pada 15 Mei lalu mendakwa Khazanah dan KWSP memegang 70 peratus saham manakala syarikat itu dan Abu Dhabi Investment Authority memegang 30 peratus lagi kepentingan MAHB.

Penyertaan GIP dalam kepentingan MAHB mencetuskan kontroversi kerana syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh BlackRock Inc yang juga berpangkalan di New York.

Banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan antarabangsa The People’s Forum mendakwa BlackRock terlibat secara tidak langsung membantu Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Syarikat itu mempunyai pelaburan besar-besaran di Israel dan dalam syarikat termasuk Lockheed Martin, RTX, Northrop Grumman, Boeing dan General Dynamics yang menjadikan senjata yang digunakan Israel untuk membunuh rakyat Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Larry Fink, didakwa sebagai penyokong lantang rejim aparteid di Israel.

Sehingga kini lebih 35,000 penduduk Gaza maut dalam serangan berterusan Israel selama lapan bulan di wilayah Palestin itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat