Anwar Terkejut Haziq Terima Ancaman

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan kenyataan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa dia menerima ancaman ekoran pengakuannya terlibat dalam video seks sumbang baru-baru ini.

Sambil mengandaikan ia seperti kes wanita Mongolia, Altantuya Shariibu, Presiden PKR itu juga berkata dakwaan individu yang mengaku bersama pemimpin menyerupai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu memberi kejutan untuk pihaknya.

“Itu satu dakwaan sangat serius ataupun sekadar andaian sahaja..kita biarkan kepada polis untuk menyiasat dan untuk Haziq menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan itu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik parti di ibu pejabat PKR di sini malam tadi.

Jawapan sebagai menjawab pertanyaan wartawan mengenai kenyataan terbaharu secara eksklusif Haziq kepada The Sun mengenai risiko ancaman yang dihadapi bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama itu semalam.

Ditanya mengenai ketidakhadiran Mohamed Azmin untuk beberapa mesyuarat biro parti termasuk sejak beliau diangkat sebagai presiden parti, Anwar berkata, tanggapan itu tidak relevan.

“Dia (Mohamed Azmin) pernah tidak datang sebelum itu lagi, itu (tanggapan) tidak relevan,” jelas secara ringkas.- MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.