Pemuda Lari Sekatan Polis, Maut Kemalangan Selepas Buat Pusingan U

RAWANG – Gara-gara panik selepas ternampak sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis, seorang lelaki yang menunggang motosikal bertindak membuat pusingan-U sebelum menunggang melawan arus di Kilometer 19 Kuala Lumpur-Ipoh.

Namun nasibnya malang apabila tindakannya itu mengundang padah selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lagi motosikal sebelum kedua-dua penunggang itu terjatuh ke atas jalan.

Mangsa yang berusia 23 tahun itu, kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha secara berkumpulan bersama rakannya yang lain, dipercayai dalam perjalanan beraya dari Kuala Selangor ke Kajang.

Manakala seorang lagi penunggang motosikal yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.