Tular Rakaman Wanita Berusia Ekori, Curi Dompet Di Jalan TAR

Rakaman video seorang wanita berusia mencuri
dompet di salah sebuah kedai pakaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur jadi tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 58 saat, seorang wanita sedang mengekori mangsa dan pasangannya yang sedang sibuk memilih pakaian.

Wanita tersebut kemudiannya pergi ke belakang mangsa dan membuka zip beg sandang tanpa disedari oleh dia dan pasangannya. 

Difahamkan, 11 buah dompet yang dicuri wanita itu ditemui semula namun duit sudah tiada.

Sementara itu, kegiatan suspek mula dikesan sejak tiga hari lalu ketika orang ramai sudah mula membanjiri Jalan TAR dan kawasan sekitarnya untuk membeli persiapan terakhir menjelang hari raya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.