Rakaman Ular Cuba Masuk Rumah Jadi Tular

Sebuah video rakaman ular tedung sedang cuba memasuki sebuah rumah di Batu Pahat, Johor menjadi tular di media sosial.
 
Menerusi perkongsian Derrick Yi Fan dalam Facebooknya, dia amat terkejut apabila terjumpa ular tersebut di hadapan rumahnya pada Ahad lalu.
 
Rakaman video itu menunjukkan ular tedung tersebut kelihatan amat agresif untuk memasuki rumah tersebut.

Difahamkan, ketika kejadian, tiada sesiapa di dalam rumah Derick.

Ular tedung sepanjang lapan kaki itu kemudian berjaya ditangkap walaupun pihak bomba mengalami kesukaran untuk mencarinya di dalam rumah tersebut. 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.