Peniaga Reda Barang Niaga Dirampas Pihak Berkuasa

CERITA penjaja mengamuk apabila barang peniagaan dirampas dan disita oleh pihak berkuasa tempatan boleh dikatakan sesuatu yang normal.

Namun, berbeza pula pada brader menjual Roti John Madu Pak Udin ini yang kelihatan reda dan seolah-olah merelakan barangan niaga untuk bulan Ramadan dirampas pihak berkuasa.

Sebuah video yang dirakam brader itu ketika operasi rampasan itu berlaku turut menjadi tular di laman media sosial.

“Silalah ambillah… saya reda je dengan keadaan yang ada. Saya tak mencuri pun. Kalau tuan-tuan nak ambil, saya nak buat macam mana. Tuan-tuan petugas, saya tahu,” luahnya.

Pada masa yang sama, brader tersebut kelihatan cuba berunding agar tong gasnya tidak diambil tetapi tidak diendahkan sebaliknya mengundang kemarahan pihak penguasa yang tidak benarkan tangannya disentuh.

Dalam video itu, brader tersebut turut menyatakan dia meniaga kerana Allah SWT dan akan tetap meneruskan perniagaannya itu.

Menurut brader ini, hanya gerainya sahaja yang disita manakala gerai lain tidak diambil sebarang tindakan.

Pada masa yang sama, dia turut mendedahkan bahawa gerainya disita kerana ada individu yang dengki terhadap peniagaanya dan membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, ini berlaku pada hari Ramadan yang ke 19.

Sementara itu, turut tersebar sebuah lagi video sambungan gerai roti john itu dimana brader tersebut telah kembali membuka gerainya pada keesokan hari selepas disita.

Menerusi video kedua itu, brader tersebut memberitahu dia sebenarnya turut memiliki sebuah restoran makanan yang terletak berhadapan dengan gerainya.

Brader turut mempersoalkan mengapa gerainya sahaja yang dikenakan tindakan sementara gerai lain dibenarkan meniaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.