Pelajar AS Meninggal Dunia Selepas Beberapa Hari Dibebaskan Dari Penjara Korea Utara

Pelajar Amerika Syarikat yang baru kembali ke negaranya selepas dipenjara selama 17 bulan di Korea Utara, telah meninggal dunia.

Otto Warmbier, yang pulang dalam keadaan koma pada Isnin lalu, meninggal dunia pada usia 22 tahun di rumahnya di Cincinnati, Ohio.

Kerajaan Korea Utara sebelum ini mendakwa Warmbier telah koma disebabkan oleh keracunan makanan namun doktor di Amerika Syarikat tidak menemui sebarang bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Warmbier sepatutnya dipenjarakan selama 15 tahun namun dipendekkan kepada 17 bulan hasil perbincangan antara kedua-dua buah negara terbabit. Amerika Syarikat juga sedang berusaha membebaskan dua lagi rakyatnya yang masih di tahan di Korea Utara.

Warmbier sebelum ini ditangkap kerana membuang kain rentang politik di sebuah hotel di Korea Utara. Dia ditangkap di lapangan terbang ketika hendak meninggalkan negara berkenaan pada Januari tahun lalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.