Jho Low Bebas Keluar Masuk AS, Kenapa Tak Didakwa?

Pada bulan Mac lalu, laporan media asing melaporkan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bersedia mendakwa Low Taek Jho, atau Jho Low, iaitu seorang ahli perniagaan rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang yang dinamakan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) tahun lalu dalam kertas siasatan salah guna wang 1MDB.

Ia dilaporkan oleh Wall Street Jurnal (WSJ) yang memetik sumber di Singapura bahawa pasukan Jabatan Kehakiman (DoJ) AS telah selesai melakukan soal siasat di republik itu dalam persediaannya mendakwa Jho Low.

Namun selepas hampir empat bulan berlalu AS masih belum mendakwa Jho Low sedangkan beliau bebas keluar masuk ke negara berkenaan.

Bukan itu sahaja, malah Jho Low juga bebas berparti di negara berkenaan dan sehingga kini negara itu langsung tidak mengusik beliau.

Justeru timbul persoalan, jika benar Jho Low telah menyonglap duit syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang diperkatakan, kenapa masih tiada tindakan diambil ke atasnya?

Jika tiada pendakwaan ertinya tiada kes.

Kali pertama DoJ bercakap tentang 1MDB adalah pada Julai tahun lepas dan itu pun melalui sidang akhbar sahaja dan sejak itu bermacam-macam artikel telah disiarkan oleh WSJ mengenai isu berkenaan.

Kini selepas hampir setahun, DoJ membuat tuduhan sama, iaitu tuduhan kitar semula dan yang peliknya ada pula media tertentu di negara ini yang melaporkan berita sensasi itu dengan membiarkan diri dipergunakan.

Macam-macam tuduhan dilemparkan tetapi DoJ tetapi tidak pula ia menyebut siapakah yang dimaksudkan sebagai Malaysian Official 1 (MO1). Namun media pembangkang nampaknya lebih mengetahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.