Mayat Aktres Korea Ditemui Dalam Keadaan Hancur

MAYAT pelakon dan model Jung In Ah yang hilang sejak 13 Jun lalu selepas melakukan aktiviti payung terjun di daerah Goheung, Selatan Jeolla, Korea akhirnya ditemui.

 

Allkpop melaporkan, mayat aktres berusia 35 tahun itu ditemui pasukan penyelamat tiga hari kemudian bersama payung terjunnya yang terapung di perairan pantai berhampiran.

 

In Ah atau nama sebenarnya Jung Hye Young dilaporkan menghadapi kesulitan sebelum gagal membuat pendaratan dengan baik ditambah faktor cuaca yang agak buruk ketika kejadian.

 

Media turut melaporkan keadaan mayat penyanyi itu berada dalam keadaan hancur ketika ditemui.

 

Ini bukan kali pertama In Ah melakukan aktiviti berkenaan kerana sejak setahun lalu dia aktif dalam sukan payung terjun selain sering berkongsi gambarnya bersama peminat.

 

Selain lakonan dan peragaan, pelakon itu turut dikenali sebagai pengajar yoga dan pilates selain mempunyai latar belakang pendidikan membanggakan dari Universiti Kebangsaan Seoul. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.