Kucing Berusia 26 Tahun Mengembara Beribu Kilometer

LONDON – Seekor kucing berusia 26 tahun dipercayai membuat perjalanan mengkagumkan sejauh ribuan kilometer dari Australia ke Ireland Utara dan pertubuhan kebajikan haiwan sedang berusaha mengesan pemiliknya.

 

Kucing itu ditemui Pusat Perlindungan Kucing di Daerah Armagh, Ireland Utara, minggu lalu, dan dibawa ke klinik haiwan. Doktor mendapati ia dipasang cip mikro dari Australia.

 

Data dalam cip berkenaan menunjukkan kucing berkenaan pernah didaftar sebagai kucing liar di London pada 2004 dan dilahirkan pada 1989, menjadikan ia berusia 26 tahun sedangkan purata hayat maksimum kucing ialah 15 tahun.

 

Nama kucing itu dalam cip berkenaan ialah Tigger tetapi pekerja di pusat itu memanggilnya Ozzie.

 

“Ozzie mempunyai cip mikro menunjukkan ia datang dari Australia tetapi pemiliknya tidak memberi maklumat lanjut,” kata kenyataan pusat itu di laman sesawangnya.

 

“Kami amat berharap dapat mengetahui sejarah penuh kucing ini dan dapat menemukannya dengan pemilik,” kata penyelaras pusat itu Gillian McMullen. – The Telegraph

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.