Kapal MT Orkim Harmony Selamat Berlabuh Di Pelabuhan Kuantan

KUANTAN – Kapal MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu kelihatan berlabuh di Pelabuhan Kuantan di sini kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

 

Bagaimanapun wartawan yang menunggu sejak pukul 5 pagi, tidak dibenarkan memasuki kawasan pelabuhan berkenaan.

 

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

 

Kapal yang dimiliki Syarikat Magna Meridian Sdn. Bhd. itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada rakyat Malaysia, Indonesia dan Myanmar.

 

Namun, selepas tujuh hari dilarikan lanun, kapal berkenaan berjaya dikesan oleh pesawat P-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia di Teluk Siam berhampiran perairan Vietnam pada pukul 6 petang semalam.

 

Kesemua 22 anak kapal tersebut dibebaskan pada kira-kira 2.30 pagi semalam sebelum meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Kuantan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.