Foto Anggota Polis Alih Perhatian Anak Kecil Tarik Perhatian Ramai

COLORADO – Sekeping gambar menyayat hati mula tersebar apabila seorang anggota polis dilihat mendukung seorang kanak-kanak perempuan dan cuba mengalihkan perhatiannya di lokasi kejadian kemalangan maut yang meragut nyawa bapanya.

 

Memetik laporan Mirror.co.uk, polis tersebut mengalihkan perhatian kanak-kanak perempuan itu dengan menunjukkan ke arah lain membelakangkan kenderaan ayahnya yang terbalik.

 

Menurut polis, dalam tragedi itu, seorang lelaki maut manakala seorang perempuan dan seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital.

 

Tiga lagi kanak-kanak yang turut terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan hanya cedera ringan.

 

Menurut saksi, kenderaan itu hilang kawalan selepas salah satu tayarnya pecah dan berpusing beberapa kali. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.