Najib Mempunyai 2 Juta Pengikut di Twitter

Kuala Lumpur – Pengikut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman sosialnya, Twitter, telah mencapai sebanyak dua juta ‘follower’ pada awal pagi hari ini.

Sehingga jam 2.03 pagi tadi, beliau mempunyai 2.03 juta pengikut di Twitternya di @NajibRazak.

Najib juga turut “tweeted” di laman sosialnya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikutnya di Twitter atas pencapaian tersebut.

“Terima kasih kepada 2 juta pengikut saya di Twitter,” katanya

Untuk merasai nadi rakyat, terutamanya dikalangan masyarakat pelbagai kaum, Najib telah menyertai pengguna media sosial yang lain apabila beliau mendaftar akaun Twitter beliau pada bulan September, 2008.

Empat tahun kemudian, beliau sudah mempunyai lebih daripada satu juta pengikut di akaun Twitternya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.