Nabila Huda Dakwa Ayahnya Rosakkan Hidupnya

Kuala Lumpur – Nabila Huda meminta bapanya, Amy Search memberi penjelasan terhadap komen yang dibuat di laman Twitternya.

Dia mendakwa bapanya sekali lagi merosakkan hidupnya.

Sebelum ini, Amy terkilan dengan tindakan anaknya yang memuat naik gambar bersama teman lelakinya dengan kapsyen “me and you”.

Nabilla atau lebih mesra dengan panggilan Abil ketika ini sedang bercuti di Sepanyol.

amy search 2

 

 

 

 

 

 

 

Bekas vokalis kumpulan Search itu kesal dengan tindakan berkenaan dan mendakwa anak tunggal daripada perkahwinan pertamanya tidak belajar daripada kesilapan sebelum ini, apabila ditangkap berkhalwat dengan bekas suaminya, Zaidy Zailani di Pulau Pinang pada 2005.

“Abil sudah lupa dia pernah ditangkap khalwat bersama Edi di Pulau Pinang suatu ketika dahulu?” demikian tulisnya ketika membalas komen di laman sosial.

amy search 3

 

 

 

 

 

 

 

Tidak terhenti di situ, dia juga mengutuk kelakuan lelaki yang dipaparkan dalam gambar itu seperti tidak malu, apabila melakukan aksi seperti sedemikian di tempat awam.

Malah, dia turut mempersoalkan tindakan lelaki itu yang tidak menghormatinya sebagai bapa Abil, apabila beraksi sedemikian.

“Yang jantan pun sama, tidak ada rasa segan silu, apatah lagi apabila berada di tempat awam,” demikian komennya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.