Cabul Anak:Pembantu Am Mengaku Tidak Bersalah

KOTA BHARU – Seorang pembantu am mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini, semalam, terhadap tuduhan memasukkan jari ke kemaluan anak perempuannya berusia 15 tahun, April lalu.

Tuduhan terhadap lelaki yang berusia 37 tahun itu dibuat di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Kenor, Kuala Krai antara jam 2.30 petang hingga 3.30, April 2014.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, tertuduh merayu diberi jaminan yang minimum berikutan dia menghadapi masalah kewangan, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof terlebih dahulu membantah jaminan dengan alasan tuduhan serius yang dihadapi.

“Tuduhan mengikut seksyen ini tidak boleh diberi jamin. Mangsa pula adalah anak tertuduh yang tinggal di alamat yang sama dengannya,” kata Ahmad Salam.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula pada 17 Julai depan untuk mendapatkan laporan perubatan dan pengurusan kes. Tertuduh tidak dibenarkan jamin.

Dia ditahan 29 Mei lalu selepas mangsa membuat laporan polis. Semalam, tertuduh hadir ke mahkamah dengan jaminan polis.SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.