Kem Generasi Budaya, platform tubuhkan persatuan berteraskan seni & budaya

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kem Generasi Budaya menjadi platform bagi memberi keyakinan kepada generasi muda untuk menubuhkan persatuan atau syarikat baharu yang berteraskan aktiviti seni dan budaya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Mohd Yusri Mohd Yusoff berkata peranan badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat amat penting sebagai pelapis dalam menyokong usaha kerajaan memperkasakan seni dan budaya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kem Generasi Budaya Peringkat Kebangsaan 2025 di Auditorium Institut Kenegaraan Perdana, Jalan Bellamy, dekat sini pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris; Ketua Penolong Pengarah, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, Nur Ayuni Mahammad Zin; Pegawai Khas, Timbalan Pengerusi Help Education Group, Akhmal Ayob; Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya JKKN, Hj. Saiful Khairi Ahmad.

Mohd Yusri berkata program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk lebih memahami hala tuju serta kaedah pengurusan penggiat seni budaya untuk terus berkarya dengan menyesuaikan diri serta badan persatuan masing-masing dalam era perubahan zaman ini dalam mempromosikan seni, budaya dan warisan di samping menonjolkan keunikan budaya dan kesenian Malaysia.

Peserta Kem Generasi Budaya akan didedahkan kepada beberapa bentuk pengisian antaranya ceramah berkenaan bantuan dana, penajaan dan pemasaran produk, penghasilan kertas kerja, latihan dalam kumpulan (LDK), perbincangan/ pembentangan kumpulan (pitching) serta praktikal produksi.

Kem Generasi Budaya dianjurkan oleh MOTAC melalui JKKN sebagai platform perkongsian ilmu dan kepakaran dalam aspek seni, budaya dan warisan kepada penggiat seni budaya.

Seramai 90 orang peserta dari seluruh negara terpilih bagi menyertai Kem Generasi Budaya Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung pada 19 hingga 25 Mei ini.

Program pada kali terdiri daripada peserta terbaik dari enam siri peringkat zon pada tahun lalu yang melibatkan seramai 465 orang peserta.

Penceramah yang bakal berkongsi ilmu dalam kem ini antaranya, Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr. Norzizi Zulkifli; Shamsul Bahrin Zainuzzaman (LOCCO Malaysia), Low Ngai Yuen (Kaki Seni); dan Pengarah Persembahan, Rosnan Nordin.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.
-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat