Pemergian Presiden, Menteri Luar Iran: Dunia kepimpinan Islam kehilangan besar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemergian Presiden Republik Islam Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, Dr. Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam dan rakyat Republik Islam Iran.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berdukacita mendapat khabar pemergian Ebrahim Raisi, Presiden Republik Islam Iran dan Dr. Hossein Amirabdollahian, Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran bersama penumpang lain dalam nahas helikopter yang terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

“Kali terakhir bertemu rakan sejawat Dr. Hossein Amirabdollahian, Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran semasa United Nations Security Council (UNSC) Ministerial-Level Open Debate di Amerika Syarikat Januari lalu dan perbualan telefon bersama beliau pada hujung bulan April yang lalu.

“Allahyarham begitu bervisi dalam usaha pengukuhan hubungan dua hala Malaysia-Iran di dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

“Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam dan rakyat Republik Islam Iran.

“Doa saya agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah,” ucap Mohamad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat