Baru 10 Hari Bersalin, Nia Ramadhani Sudah Bersenam

Pelakon negara seberang, Nia Ramadhani baru melahirkan anak ketiga pada 10 Mei lalu namun dia telah nekad untuk menguruskan badan meskipun baru 10 hari berlalu.

Bagi tujuan itu, Nia telah memakai korset supaya badannya kembali langsing dan turut bersenam.

Gambar berkenaan dimuatnaik dalam Instagramnya namun netizen memintanya supaya berhati-hati apatah lagi dia bagi melahirkan anak dan perlu banyak berehat.

Nia masuk ke bilik bedah sekitar 7 pagi dan semuanya berjalan lancar.

“Lahirnya dengan operasi sesar, jam 08.23 pagi. Alhamdulillah sehat. Beratnya 3.140 kg, dan panjangnya 48 cm.” Jelas Nia.

Tak berapa lama selepas itu, Nia kembali ke rumahnya.

Nia Ramadhani dan Adriansyah Bakrie telah bernikah pada tahun 2010.

Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalinda Bakrie, Mainaka Zainati Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.