3,000 Tetamu Rai 9 Pasangan Bersanding Serentak Di Kelantan

KUALA KRAI – Sembilan pasangan bersanding serentak dalam majlis penuh meriah disambut lebih 3,000 tetamu termasuk ahli keluarga pengantin yang diadakan di Dewan Sri Guchil, dekat sini hari ini.

Persandingan Perdana Puteri dan Pemuda Kuala Krai 2017 yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Krai, Zuraihah Mohammad berkata, pasangan berkenaan dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Katanya, mereka adalah pasangan yang sudah berkahwin, namun masih belum melangsungkan majlis resepsi kerana tidak berkemampuan.

“Sembilan pasangan pengantin itu tinggal di sekitar daerah Kuala Krai dan ada di antara mereka sudah berkahwin sejak tahun lalu, namun masih belum melangsungkan majlis resepsi.

“Program ini adalah kali pertama dilakukan dan saya gembira apabila ia mendapat sambutan yang menggalakkan selain terharu apabila melihat sinar kegembiraan di wajah mereka”,” katanya ketika ditemui di majlis itu.

Turut hadir, Naib Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarikh Khan, dan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azam Ismail. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.