Neelofa Bakal Dedah Kisah Cinta, Peribadi Dalam Video

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa bakal mendedahkan kisah cintanya dalam video sempena Kempen Allah Lebih Tahu Naelofar Raya 2016.

 

Video tersebut bakal ditayangkan dalam majlis pelancaran Naelofar Raya 2016 yang akan berlangsung di sebuah hotel di sini, Isnin ini, memetik laporan Metro.

 

Menurut Neelofa, dia memilih untuk berkongsi kisah cinta termasuk soal jodoh dalam video tersebut kerana ramai peminat yang tidak tahu mengenai kisah cinta dan peribadinya.

 

Tambahnya, video itu turut memaparkan soal jodoh dan keinsafan pada sambutan bulan Ramadhan.

 

“Ramai yang tahu kisah cinta saya tetapi mereka tidak tahu siapakah insan istimewa yang dimaksudkan itu.

 

“Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut jangan lupa muat naik video kempen terbaru ini di YouTube,” katanya.

 

Beliau yang mensasarkan usia 29 hingga 30 tahun untuk mendirikan rumah tangga mengakui belum memiliki calon yang sesuai dan masih menjadi teman rapat kepada Datuk Hans Isaac.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.