Video: ‘Baby Erin’ Mangsa Dera Kini Sihat Bersama Keluarga Angkat

Kuala Lumpur – Berikutan kes bayi didera yang menjadi viral beberapa hari lalu, ‘Baby Erin’ kini di bawah jagaan keluarga angkat yang juga bapa saudaranya dan juga neneknya.

 

Gambar terbaru bayi itu, ihsan daripada Mia Izzaraziela Shahuri, memaparkan keadaan Erin yang ceria dan bahagia di samping keluarga angkatnya.

 

 

Laporan pemeriksaan kesihatan mengesahkan ‘Baby Erin’ tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

 

Video 52 saat yang menjadi viral sejak dua hari lepas difahamkan seorang suspek bertindak ganas terhadap bayi disebabkan konflik dia bersama suaminya dan mengambil keputusan untuk merakam video.

 

Dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak terhadap kes itu dan suspek diletakkan di bawah kaunseling di Pusat Penjagaan Mangsa (VCO) di Perak dan bayi akan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.