Pelaku Seks Balkoni Di Bangsar Dikenal Pasti

Kuala Lumpur – Pihak polis telah mengenal pasti identiti pasangan yang melakukan hubungan seks di balkoni sebuah apartmen di Bangsar South pada Selasa lepas.

 

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata menerusi maklumat dan kerjasama orang awam, suspek lelaki itu dipercayai warga asing berusia sekitar 30-an yang menyewa servis apartmen berkenaan bersama pasangannya.

 

Beliau berkata suspek dipercayai masih berada di negara ini.

 

Polis juga sedang menyiasat perakam video tersebut, katanya.

 

Rakaman video berdurasi 30 minit itu dipercayai dirakam seorang penyewa di apartmen lain yang terletak berhampiran balkoni tersebut dan ia menjadi viral di media sosial.

 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D, 297 dan 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.