Pakatan Mahu Tubuh Dua Jawatankuasa Lagi Selepas Umum Kabinet Bayangan

Kuala Lumpur – Dua hari selepas mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Bayangan, kini Pakatan Rakyat (PR) ingin menubuhkan dua jawatankuasa lain.

 

Jawatankuasa pertama adalah Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen akan dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Whip parti komponen.

 

“Selain itu, seorang ahli parlimen mewakili setiap parti juga akan dipilih untuk menganggotai jawatankuasa ini,” kata Dr Wan Azizah.

 

Tambah beliau, sebuah lagi Jawatankuasa Rancangan Malaysia Ke-11 Pakatan Rakyat juga sudah dipersetujui untuk ditubuhkan.

 

“Diharap melalui penubuhan jawatankuasa ini, tugas legislatif ahli parlimen Pakatan akan lebih efisien serta memenuhi amanah yang diberi rakyat,” kata beliau.

 

Beliau yang baharu sahaja mengangkat sumpah untuk jawatan Ketua Pembangkang dan juga sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata pada 18 Mei lalu, langkah mewujudkan semula Kabinet Bayangan PR adalah bagi memelihara kepentingan rakyat.

 

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Fiskal atau Bajet Parlimen dengan segera supaya proses merangkakan bajet negara lebih inklusif dan efektif. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.